Mohamad.

GEORGE TOWN –  Zakat Pulau Pinang (ZPP) merekodkan kutipan lebih RM169.7 juta tahun lalu dengan peningkatan sebanyak RM10 juta berbanding tahun sebelumnya.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Mohamad Abdul Hamid berkata, peningkatan jumlah itu membuktikan keyakinan rakyat khususnya umat Islam di negeri ini terhadap pelan penstrukturan dan perubahan dilakukan MAINPP termasuk terhadap ZPP sejak Mac 2024.

“Pelan itu melibatkan penstrukturan organisasi dan perubahan berkaitan prosedur pentadbiran serta kewangan bagi menambah kecekapan pengurusan ZPP.

“Ada pihak yang cuba menimbulkan persepsi negatif kononnya penstrukturan MAINPP akan menjejaskan kutipan zakat yang diuruskan ZPP.

“Bagaimanapun, Alhamdulillah kutipan zakat yang berakhir pada 31 Disember lalu sebanyak RM169,779,622.08 berjaya dikumpulkan iaitu peningkatan lebih RM10 juta berbanding kutipan zakat pada tahun sebelumya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad turut berterima kasih kepada pembayar zakat di atas sokongan dan kerjasama yang berterusan, sekali gus membantu merealisasikan Agenda Pembangunan Agama Islam 2030, selari dengan visi Penang 2030. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here