Suspek dibawa ke lokasi kejadian semula untuk membantu siasatan pihak polis dan forensik.

SEBERANG PERAI – “Tak sangka dan terkejut apabila dapat panggilan memaklumkan isteri cedera ditikam anak saudara saya sendiri kerana selama mengenali dia tak pernah agresif dengan kami,”.

Demikian kata suami kepada wanita yang cedera ditikam pada perut oleh anak saudara mereka dalam kejadian di Blok E2 Flat Taman Teluk Indah, Perai di sini, semalam.

Lelaki yang ingin dikenali sebagai Safwan,35, berkata, suspek dihantar ke rumah mereka oleh ibu saudaranya jam 7.30 pagi hari kejadian.

“Kakak kandung saya datang hantar dia (suspek) ke sini untuk dijaga oleh isteri sementara dia pergi kerja memandangkan anak buah saya tidak sihat susulan terlibat dalam kemalangan beberapa hari lalu.

“Susulan itu, dia (suspek) terus masuk ke dapur dan masak mi segera dengan alasan lapar dan ketika itu kami tidak mengesyaki apa-apa meskipun selalunya dia hanya akan makan apa yang diberikan saja.

Polis menemui pisau yang digunakan suspek untuk menikam ibu saudaranya.

“Tanpa memikir panjang, saya tinggalkan mereka termasuk anak saya berusia lima tahun ke tempat kerja sebelum dapat panggilan daripada ahli keluarga memaklumkan isteri cedera ditikam anak saudara,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Tambah Safwan, dia bergegas pulang sebelum mendapati isterinya berada di hadapan pintu rumah dalam keadaan berdarah serta mengerang kesakitan.

“Ketika itu saya lihat anak buah saya iaitu pelaku berada di tempat kejadian tapi saya hanya fokus pada isteri dengan membantu pihak ambulans bawanya ke Hospital Seberang Jaya.

“Syukur isteri dilaporkan berada dalam keadaan stabil sebelum saya mohon dia dipindahkan ke hospital swasta untuk rawatan susulan.

“Jadi sekarang ini saya serahkan siasatan dan tindakan lanjut kepada pihak polis kerana selama ini anak buah saya tidak pernah agresif dengan kami meskipun dia terjebak dalam masalah gejala sosial dan apa yang berlaku ini di luar jangkaan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Remaja 14 tahun ditahan polis, disyaki tikam ibu saudara dengan pisau

Semalam, polis menahan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun bagi membantu siasatan menikam ibu saudaranya susulan tidak puas hati dihalang untuk tinggal semula dengan ibu kandung suspek. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here