Mangsa Zamri Hassannar, 51 meninggal dunia di lokasi selepas motosikalnya hilang kawalan dipercayai terkena serangan jantung di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (AMJ), dekat Pegoh di sini malam tadi.

ALOR GAJAH – Seorang penunggang maut selepas motosikalnya hilang kawalan sebelum terseret dipercayai terkena serangan jantung di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), dekat Pegoh, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, mangsa Zamri Hassannar, 51, yang bekerja sendiri disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas perubatan.

“Siasatan polis mendapati, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenass Kriss sedang dalam perjalanan dari arah Air Pa’abas menghala ke Pulau Sebang sebelum lelaki itu dipercayai terkena serangan jantung.

“Akibatnya, motosikal jenis Modenass Kriss ditunggangnya hilang kawalan dan terseret di sebelah kiri jalan menyebabkannya meninggal dunia dilokasi akibat luka di muka selain mulut berbuih,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, siasatan turut mendapati terdapat kesan geseran kenderaan ditemui di tempat kejadian yang merupakan jalan mendaki bukit.

“Mayat dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat bagi mengesahkan punca kematian dan pihak polis meminta saksi kejadian supaya tampil membantu polis melengkapkan siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here