Poster 'No Berhimpun No Problem'

KUANTAN ā€“ Pasukan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akur dan terus berjuang meskipun Himpunan Solidariti Najib Razak tidak dapat diadakan di Putrajaya esok.

ā€No berhimpun, no problem. Muat turun gambar berbaju hitam di media sosial. Esok 6 Januari, berbaju hitam tanda anda bersolidariti bersama Datuk Seri Najib Razak,ā€ kata hantaran poster di platform media sosial Tik Tok Team Najib Razak Official.

Esok, Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Najib berhubung penolakan permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah, berdasarkan dakwaannya mengenai kewujudan titah adendum menyokong permohonan itu.

Sebelum ini, polis Diraja Malaysia menggesa orang ramai supaya tidak menyertai sebarang perhimpunan dianjurkan mana-mana pihak berkaitan isu tuntutan mendapatkan pengampunan diraja.

Ia demi menghormati titah kenyataan Yang di-Pertuan Agong berhubung kuasa prerogatif baginda dalam urusan pengampunan itu selain bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Susulan itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki UMNO mengambil keputusan untukĀ  tidak meneruskan perhimpunan.

Kata Asyraf Wajdi, UMNO akur kepada segala saranan titah Seri Paduka agar menghormati kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong untuk menggunakan saluran perundangan ditetapkan dengan mengemukakan rayuan dalam perkara dihadapi bekas Perdana Menteri itu.

Ini kerana UMNO menaruh sepenuh keyakinan atas keihsanan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dalam memberikan keadilan penuh kepada Najib. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN :

Istana tak pernah nafi kewujudan titah adendum, kata anak Najib

Ahli UMNO Sertai Himpunan Solidariti Najib Kena Tanggung Sendiri Risiko – Ahmad Zahid

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here