Pasukan menyelamat meneruskan SAR pada hari kedua bagi menjejak remaja lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari rumah rakit ke dalam Sungai Pahang, Jalan Kampung Pedah di Kampung Jerantut Feri, Jerantut.

KUANTAN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari rumah rakit ke dalam Sungai Pahang, Jalan Kampung Pedah di Kampung Jerantut Feri, Jerantut diteruskan pada hari kedua pencarian.

Operasi SAR dimulakan pada jam 7 pagi tadi menggunakan khidmat dua anjing pengesan, Grouse dan Lady dan dibantu 20 penduduk kampung selain daripada 41 pasukan petugas penyelamat daripada pelbagai agensi

Menerusi kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, pasukan penyelamat itu terdiri daripada 20 anggota bomba termasuk enam anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin, Temerloh.

“Pasukan PPDA telah membuat selaman pertama operasi pencarian mangsa jam 9.20 pagi tadi.

”Manakala pasukan K9 membuat pencarian mangsa di permukaan bersama anjing pengesan,” katanya.

Namun sehingga kini Azri Fahmi Bahiudin Zaiful Afindi,14, masih belum ditemui.

Terdahulu pelajar sekolah menengah itu dilaporkan lemas selepas terjatuh dari rumah rakit ke dalam Sungai Pahang di Jalan Kampung Pedah dekat Kampung Jerantut Feri pada semalam.

Media melaporkan mangsa sebelum itu dipercayai sedang memancing bersama dua rakannya di rumah rakit terbabit sebelum tergelincir ke dalam sungai dan hilang dibawa arus. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN :

Remaja dikhuatiri lemas terjatuh ketika memancing

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here