Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta lapan negeri sehingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan lain yang terlibat ialah Kedah (Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang; Perak serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron).

Amaran sama turut melibatkan Selangor, Johor (Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru), Sarawak (Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Limbang) dan Sabah di kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Tawau serta Sandakan. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here