KUALA LUMPUR – PMB Investment Berhad (PMB Investment) mengumumkan agihan pendapatan bagi PMB Shariah Tactical Fund dan PMB Wholesale Sukuk Fund untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 masing-masing sebanyak 3.26 sen seunit dan 4.67 sen seunit.
Ia melibatkan jumlah keseluruhan RM1,201,325.62 bagi PMB Shariah Tactical Fund dan RM816,735.58 untuk PMB Wholesale Sukuk Fund.
PMB Investment berkata, nilai aset bersih (NAB) PMB Shariah Tactical Fundseunit sebelum agihan adalah RM0.7312, diselaraskan kepada RM0.6986 selepas agihan.
Agihan ini, yang dikreditkan berdasarkan tarikh selepas 31 Disember 2024, mewakili hasil sebanyak 6.01% berdasarkan penutup seunit pada 31 Disember 2024, dengan dana mencatatkan pulangan keseluruhan sebanyak 34.88% (termasuk hasil 6.01%) untuk tempoh yang sama.
Tambahnya, NAB seunit PMB Wholesale Sukuk Fund sebelum agihan adalah RM1.1512, diselaraskan kepada RM1.1045 selepas agihan.
Ia mewakili hasil sebanyak 4.20% untuk tahun kewangan tersebut.
Kedua-dua agihan telah dikreditkan pada 31 Disember 2024, dengan tarikh pelaburan semula ditetapkan pada 2 Januari 2025. – MalaysiaGazette