KUANTAN – Laluan utama ke Cameron Highlands dari arah Simpang Pulai/Lojing ditutup sejak awal pagi tadi untuk pengguna jalan raya bagi kerja-kerja pembersihan di lokasi susulan kejadian tanah runtuh.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Cameron Highlands telah, Leftenan (PA) Md Hazli Hanifah Mohd Hanafi memaklumkan, tanah runtuh di Jalan Besar Kampung Raja, Simpang 3, Blue Valley, Cameron Highlands berlaku pada pukul 3.15 pagi.

“Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah ke lokasi tersebut. Dimaklumkan, laluan alternatif adalah melalui Jalan Sungai Koyan di Lipis dan melalui Jalan Tapah untuk ke Cameron Highlands,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, beliau memberitahu, APM telah menghantar seramai 11 orang calon peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Raja dengan menaiki kenderaan Land Rover Defender berikutan jalan yang masih ditutup. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here