Anggota bomba sedang melakukan kerja-kerja pemadaman kereta yang terbakar di Kampung Baru Air Kala, Jalan Lenggong. Foto ihsan JBPM Perak

LENGGONG – Seorang wanita nyaris maut apabila kereta yang dinaikinya terbabas dan terbakar di Kampung Baru Air Kala, Jalan Lenggong, di sini pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada  jam 8.30 pagi.

Menurutnya, seramai enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan kerja-kerja menyelamat.

“Kejadian tersebut melibatkan sebuah kereta jenis Nissan Sentra dipandu seorang wanita berusia 28 tahun dipercayai telah terbabas dan terbakar.

“Mangsa telah berjaya keluar menyelamatkan diri daripada kenderaan tersebut sebelum pihak bomba tiba di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, mangsa yang mengalami cedera ringan dan dihantar ke klinik menaiki ambulans oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Katanya, ketua operasi membuat pemeriksaan (size-up) dan mengaplikasikan konsep RECEO (menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman dan pemeriksaan) seterusnya mengarahkan anggota membuat kerja-kerja pemadaman.

“Selepas selesai kerja-kerja pemadaman, kereta itu didapati musnah kira-kira 85 peratus,” jelasnya.

Sabarodzi berkata, operasi tamat sepenuhnya jam 9.20 pagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here