KUALA LUMPUR- Perlawanan antara Go Pei Kee-Teoh Mei Xing dan lawannya Jia Yifan-Zhang Shu Xian pada Terbuka Malaysia hari ini terpaksa ditangguhkan sementara selepas bumbung Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil bocor.
Insiden memalukan itu berlaku ekoran hujan lebat hingga menyebabkan permukaan gelanggang basah.
Selain perlawanan regu dari Malaysia dan China itu, beberapa perlawanan yang berlangsung pada kejohanan berstatus elit Super 1000 Persekutuan Badminton Dunia (BWF) turut ditangguhkan.
Setakat ini, masih tiada kenyataan rasmi daripada penganjur.- MalaysiaGazette