Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Cabaran utama perkhidmatan rel di adalah memastikan perkhidmatan yang ditawarkan kekal berdaya maju serta memenuhi keperluan rakyat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sebagai contoh kini operasi Keretapi Tanah Melayu (KTM) masih lagi dibiayai sebahagian besarnya oleh kerajaan dalam memastikan kesinambungan perkhidmatan yang ditawarkan.

“KTM kini beroperasi dengan kos tahunan sekitar RM200 hingga RM300 juta setiap tahun.

“Mereka juga bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan bagi kawasan yang kurang menguntungkan termasuk Pantai Timur,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sesi perbincangan pandangan Kerajaan Madani terhadap keperluan infrastruktur kritikal di Malaysia, khususnya dalam sektor pengangkutan dan halangan kritikal, hari ini.

Dalam pada itu, Anthony berkata, kerajaan akan terus menggiatkan usaha meningkatkan infrastruktur rel di Malaysia, khususnya di Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan Persekutan bertanggungjawab untuk melabur dalam pembangunan ekonomi sosial di Sabah dan Sarawak meskipun kerajaan negeri masing-masing memainkan peranan dalam memperkukuh jaringan rel domestik mereka,” ujarnya.

Sementara itu, menurut Anthony, kerajaan akan terus mengekalkan subsidi seperti kad perjalanan serendah RM50 tanpa had untuk perkhidmatan MRT dan LRT.

Tambah beliau, ini kerana kerajaan mahu pengangkutan awam menjadi pilihan utama penduduk warga kota yang mana ia tidak disasarkan hanya kepada kumpulan kurang berkemampuan tetapi juga mereka yang berkemampuan.

“Ini akan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas serta meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan negara,” ujarnya.

Kerajaan dijangka terus menyalurkan lebih RM200 juta setiap tahun bagi mengekalkan inisiatif itu, dengan pelbagai projek infrastruktur baharu seperti LRT3 dijangka siap dalam masa terdekat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here