Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memahami keperluan untuk beralih kepada teknologi hijau tetapi pada masa sama perlu memastikan pihak industri dan rakyat telah bersedia menerima teknologi tersebut.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, antara teknologi hijau yag dilaksanakanĀ termasuk penggunaan bahan api penerbangan lestari (Sustainable Aviation Fuel).

“Bagaimanapun, saya mengaku kos pelaksaan bagi teknologi hijau ini masih tinggi dan memerlukan perancangan yang rapi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri sesi perbincangan pandangan kerajaan Madani terhadap keperluan infrastruktur kritikal di Malaysia, khususnya dalam sektor pengangkutan dan halangan kritikal.

Anthony berkata, kementeriannya akan terus mengimbangi keperluan pelaburan dalam infrastruktur serta memastikan perkhidmatan pengangkutan awam kekal mampu milik semua lapisan masyarakat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here