Kereta Proton Waja yang ditemui dalam keadaan mencurigakan di Pengkalan Haram Paija, Tumpat, Kelantan.

KUALA LUMPUR – Pasukan Gerakan Am merampas lebih 2,500 unit rokok elektronik seludup yang ditemui dalam sebuah kereta jenis Proton Waja di Pengkalan Haram Paija, Tumpat, Kelantan, kelmarin.

Nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM262,000.

Lebih 2500 unit rokok elektronik yang dirampas Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), kelmarin.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, rampasan itu dibuat pada jam 11 malam selepas pihaknya mengesan sebuah kereta dalam kenderaan mencurigakan semasa rondaan.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

Menurutnya, semua barang rampasan akan dibawa ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here