Naib Ketua Sayap Bersekutu, Datuk eSri Sanjeevan.

KUALA LUMPUR – Sayap Bersekutu Bersatu mendesak siasatan dijalankan terhadap dakwaan titah adendum berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ‘disorok’.

Menurut Naib Ketua Sayap Bersekutu Bersatu, Datuk Sri Sanjeevan Ramakrishnan, perkara itu dimaklumkan di mahkamah selepas terdedahnya surat berkaitan titah tambahan bertarikh 4 Januari 2024.

Beliau mendakwa penyembunyian dokumen penting itu melanggar prinsip ketelusan dan mencetuskan persoalan terhadap integriti pihak yang terlibat.

“Saya merujuk surat yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang kepada Datuk Mohamad Nizar. Surat itu mendedahkan bahawa titah adendum berkenaan telah disembunyikan.

“Tindakan ini bukan sahaja mencabuli prinsip ketelusan malah menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan dan Raja-Raja Melayu.

“Malaysia sebagai sebuah negara yang menjunjung demokrasi dan keadilan, ketelusan dan akauntabiliti harus menjadi asas kepada setiap keputusan kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Sambung Sanjeevan, kepercayaan rakyat terhadap institusi pemerintahan perlu dipulihkan segera dengan satu siasatan dan menyeluruh harus dijalankan terhadap individu bertanggungjawab menyembunyikan addendum tersebut.

Semalam peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempersoalkan kenapa titah adendum anak guamnya terhadap disembunyikan.

Muhammad Shafee mendakwa, kewujudan titah adendum terhadap Najib dengan sengaja telah disembunyikan oleh pihak tertentu.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya telah meminta semua ahli Parlimen untuk mendesak perkara tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here