Gambar hiasan.

KUANTAN – Jabatan Metereologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) di enam daerah di negeri ini yang dijangka bermula 10 Januari sehingga 12 Januari 2025.

Daerah terlibat adalah di Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Berikutan itu, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) turut mengeluarkan ramalan awal kejadian banjir di beberapa kawasan di enam daerah tersebut.

Bagi daerah Jerantut, kawasan terlibat adalah di Lembangan Sungai Pahang (Sungai Betong, Sungai Burau, Sungai Teh, Sungai Beletil, Sungai Cheka, Sungai Damak, Sungai Jerangsang, Sungai Kiol, Sungai Nahar, Sungai Rengat, Sungai Sat, Sungai Sepai, Sungai Sepan, Sungai Sepia, Sungai Son, Sungai Tahan dan Sungai Tembeling).

Bagi daerah Maran pula membabitkan Lembangan Sungai Pahang (Sungai Chenerai, Sungai Jempol, Sungai Jengka, Sungai Jerik, Sungai Kemap, Sungai Kundang, Sungai Luit, Sungai Tekam, Sungai Yeh, Sungai Palembang dan Sungai Maran) dan Lembangan Sungai Maran (Sungai Chedong dan Sungai Bintang).

Daerah Kuantan pula membabitkan Lembangan Sungai Pahang (Sungai Lepar, Alur Sungai Belat, Parit Chendering, Parit Jawa, Parit Rangin, Sungai Galing, Sungai Jelai, Sungai Kenau, Sungai Lepar, Sungai Penor, Sungai Pinang, Sungai Soi dan Sungai Terus) dan Lembangan Sungai Kuantan.

Daerah Bera membabitkan Lembangan Sungai Pahang (Sungai Triang dan Sungai Bera), manakala di Pekan membabitkan Lembangan Sungai Pahang (Sungai Air Tawar, Sungai Anak Tasek, Sungai Kerdau dan Sungai Mentiga).

Daerah Rompin pula melibatkan Lembangan Sungai Rompin (Sungai Pontian, Sungai Sekin, Sungai Gayung, Sungai Aur, Sungai Jeram, Sungai Kepasing, Sungai Jekatih dan Sungai Pukin), Lembangan Sungai Sungai Endau, Lembangan Sungai Pontian (Sungai Cemara) dan Lembangan Sungai Keratong.

Menerusi kenyataan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia pula berkata, pihaknya akan membuat pemantauan berterusan dan mengemaskini hebahan amaran banjir sekiranya berlaku hujan signifikan di lembangan sungai terbabit.

“Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada tarikh yang dijangkakan.

“Semua agensi pengurusan bencana serta penduduk terutama di kawasan yang dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat dan amaran semasa melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my atau Facebook : PublicInfoBanjir. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here