Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman menunjukkan barang rampasan pada sidang media mengenai kejayaan menumpaskan kes penipuan Bitcoin dan kes kecurian kabel di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang. Foto SADIQ SANI, 09 JANUARI 2025

SEPANG – Tiga individu berusia 30 hingga 45 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel di kawasan Kampus Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kajang serta di kawasan sekitar daerah Sepang pada Disember lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, kesemua suspek ditahan mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan lima kesalahan jenayah dan tiga rekod kesalahan narkotik.

“Kegiatan jenayah ini melibatkan 14 manhole terbuka sepanjang lebih kurang dua kilometer dengan kerugian sebenar sebanyak RM250,000.

“Mereka juga telah menyewa kenderaan atau menggunakan kenderaan bukan milik mereka sendiri bagi mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman.

Pihaknya turut merampas merampas kabel yang telah dipotong, peralatan memotong kabel serta kenderaan yang digunakan oleh suspek.

“Siasatan telah dijalankan bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam aktiviti mencuri kabel bawah tanah di kawasan UNITEN.

“Semua suspek yang ditahan telah didakwa di Mahkamah Sepang pada 27 Disember tahun lalu dan dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan,” tambahnya.

Polis akan terus mempergiatkan pemantauan dan tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah.

Kerjasama rapat dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta pihak berkuasa lain juga akan terus dijalinkan bagi memastikan jenayah kecurian kabel ini dapat dibanteras sepenuhnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here