Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit, berhampiran Simpang Sungai Mas dan Jalan Bandar Penawar-Tanjung Balau, berhampiran Ladang Siang di Kota Tinggi ditutup hari ini untuk kenderaan ringan selepas dinaiki air. Foto ehsan polis Kota Tinggi.

KOTA TINGGI – Dua jalan di daerah ini ditutup kepada kenderaan ringan selepas dinaiki air akibat hujan lebat sejak pagi tadi.

Laluan terbabit ialah Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit, berhampiran Simpang Sungai Mas dan Jalan Bandar Penawar-Tanjung Balau, berhampiran Ladang Siang.

Situasi itu dimaklumkan polis daerah ini menerusi akuan Facebook pada petang ini dan meminta orang ramai mengunakan laluan alternatif dan tidak meredah air banjir bagi mengelak sebarang risiko.

Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti membuat kawalan lalu lintas di kedua-dua jalan berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga.

“Jalan Kota Tinggi- Sungai Rengit dan Jalan Bandar Penawar-Tanjung Balau ditutup bagi kegunaan semua jenis kenderaan ringan.

“Laluan berkenaan hanya dibuka bagi kegunaan kenderaan berat sahaja buat sementara waktu.

“Kenderaan ringan dinasihatkan mengunakan jalan alternatif laluan Bandar Mas-Lok Heng melalui Felda Sungai Mas.

“Penguna jalan raya yang memasuki laluan Bandar Penawar-Tanjung Balau dari persimpangan lampu isyarat E22 pula akan dilencongkan keluar melalui Jalan Kenanga, Taman Sri Penawar,” tulisnya.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan tahap berterusan tahap bahaya di seluruh negeri Johor membabitkan semua 10 daerah, sejak pagi tadi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here