Feroz Baharudin. Foto Facebook Johor Southern Tigers.

KUALA LUMPUR – Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin terpaksa melupakan baki saingan Liga Malaysia musim 2024/2025 selepas mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).

Perkembangan itu dikongsikan oleh Feroz menerusi laman media sosial miliknya yang menyebabkan dia terpaksa berehat panjang bagi menjalani proses pemulihan.

Feroz menjadi salah seorang pemain yang sering mendapat kepercayaan dari pengendali pasukan, Hector Bidoglio untuk membarisi kesebelasan utama.

Pemain berusia 24 tahun itu juga pernah mewakili Harimau Malaya tahun lalu.

Kecederaan ACL yang dialami Feroz bermakna beliau bakal terlepas saingan kelayakan Piala Asia 2027 yang dijadualkan bermula pada Mac ini.

Sebelum ini, rakan sepasukan Feroz iaitu Syahmi Safari turut mengalami kecederaan sama dimana pemain itu perlu menjalani rawatan di Valencia dan harus melupakan saingan musim ini pada September lalu.

Bagi JDT pula, kelab itu bakal meneruskan perjuangan dalam mempertahankan kejuaraan Liga Super dengan turun menentang Sabah pada Sabtu ini selain aksi separuh akhir Piala Malaysia menentang Terengganu.

Di pentas Asia, Harimau Selatan akan turun menentang kelah Australia, Central Coast Mariners pada 11 Februari depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here