Jezlily Jamaluddin

KUANTAN – Sebanyak 49 premis pusat hiburan keluarga, pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan telah digempur dalam operasi yang dijalankan secara bersepadu selama empat hari.

Operasi berkenaan dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang bersama dua Syarikat Yang Dilantik (SDL) iaitu Metrology Corporation Malaysia dan De Metrology Sdn. Bhd. yang berakhir pada Khamis.

Pengarahnya, Jezlily Jamaluddin berkata, operasi dilakukan  di sekitar bandar Kuantan memfokuskan pemeriksaan pematuhan terhadap penggunaan Alat Cecair dan Alat Sukat Masa di setiap premis perniagaan yang telah ditentusahkan oleh SDL.

“SDL berperanan dalam menjalankan pekhidmatan penentusahan timbang atau sukat atau alat timbang dan sukat melalui lantikan oleh KPDN.

“Seramai 34 anggota penguat kuasa KPDN Pahang dan pegawai SDL telah merekodkan 30 kes pelanggaran kesalahan di bawah Seksyen 14(6) Akta Timbang Sukat (ATS) 1972 kerana menggunakan atau memiliki alat timbang dan sukat yang tidak ditentusahkan, ditandakan dengan cip, diperakui atau disahkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesalahan lain yang diambil adalah di bawah Seksyen 12(3) ATS 1972 kerana menggunakan alat timbang untuk tujuan perdagangan yang tamat tempoh tentusahnya.

Manakala nilai kompaun keseluruhan dikenakan sebanyak RM7,200 telah dikenakan ke atas peniaga premis perniagaan yang diperiksa.

Pihaknya menasihati pengguna supaya memastikan barangan dibeli daripada peniaga yang menggunakan alat timbang atau sukat yang telah disahkan sahaja melalui kaedah melihat pelekat yang ditampal pada alat terbabit untuk mengelakkan penipuan oleh peniaga.

Mana-mana orang yang melanggar kesalahan di bawah ATS 1972 boleh didenda maksimum RM40,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here