Seorang wanita warga emas maut motosikal ditunggang terbabas di Jalan Bukit Kangkar, Teluk Rimba, Tangkak, hari ini.

TANGKAK – Seorang wanita warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 15.4 Jalan Bukit Kangkar, Teluk Rimba, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, kemalangan tersebut dipercayai berlaku pada pukul 12 tengah hari.

“Mangsa yang merupakan seorang wanita tempatan berusia 73 tahun menunggang motosikal jenis Honda C100 dalam perjalanan menghala ke Bukit Kangkar.

“Sampai di tempat kejadian motosikal mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, akibat kejadian tersebut wanita berkenaan meninggal dunia.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) kerana menunggang secara melulu dan berbahaya.

“Polis menasihatkan orang ramai agar berhati-hati atas jalan raya untuk mengelakkan perkara tidak diingini,” ujarnya.

Pihaknya menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut supaya menghubungi dan menyasarkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Khairul Azmi Ibrahim 011-12445836.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here