Perbicaraan kes pelakon dan pengarah terkenal Datuk Farid Kamil Zahari yang didakwa menampar anggota polis trafik hari ini ditangguhkan berikutan peguam yang mewakili Farid Kamil mengalami kemalangan jalan raya.
Farid Kamil Zahari

KUALA LUMPUR – Sebuah rumah beralamat di BSP Jenjarom, Selangor di bawah nama seorang individu iaitu Farid Kamil Zahari akan dilelong kini tular di media sosial.

Menurut iklan lelong itu di media sosial, lelongan dijadualkan berlangsung pada 22 Januari depan dengan harga permulaan RM522,000.

Sementara itu, pengurus kepada pelakon itu iaitu Azahari Hamid mengesahkan rumah dua tingkat yang bakal dilelong di Bandar Saujana Putra, Jenjarom adalah milik pelakon tersebut.

Menurutnya, sejak 10 tahun lalu Farid tidak tinggal di rumah berkenaan yang dibeli pada harga RM330,000 pada tahun 2011.

“Rumah ini disewakan sejak 2019 dan penyewa membayar terus ke akaun bank pinjaman rumah.

“Sebelum ini, tidak timbul sebarang masalah, baru sekarang Farid dapat tahu rumah ini akan dilelong.

“Bagaimanapun, penyewa berjanji akan menyelesaikan masalah hutang tertunggak secepat mungkin,” katanya.

Azahari menyatakan penyewa gagal membuat bayaran kepada bank sejak pertengahan tahun lalu dan penyewa itu mengakui terpaksa menangguhkan bayaran.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here