KUANTAN – “Siapa yang curang sebenarnya?” soal Zahnita Dorothy Hussien Wilson,39.
Bekas peragawati terkenal tegas menafikan dakwaan kononnya beliau curang ketika dalam perkahwinan bersama suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47.
Malah ibu anak empat itu menegaskan, beliau taat dalam menjalankan tanggungjawab sebagai isteri sepanjang usia perkahwinan mereka.
“Saya sentiasa setia sepanjang bergelar isteri. Selama ini memang taat. Saya tak curang, kalau curang mana buktinya?
“Bila saya keluar dari rumah pun hanya untuk menyelamatkan diri daripada masalah kesihatan mental serta penderaan fizikal dan emosi,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette.
Tegasnya, pihak Abdul Zackery patut tampil memberikan bukti kukuh bahawa sekiranya benar beliau telah berlaku curang.
Kecewa dengan dakwaan yang dilemparkan, wanita berdaruh kacukan itu mengaku tidak mampu untuk berbuat apa-apa apabila imejnya diburukkan oleh sesetengah pihak.
Sebelum ini media melaporkan suami Zanita mendakwa telah menduakan sekitar 10 tahun lalu pada tahun 2015 dan 2016, malah pernah melarikan diri bersama seorang lelaki selama enam bulan.
Bagaimanapun Abdul Zackery menyangkal kehadiran orang ketiga punca keretakan rumah tangganya seperti didakwa Zahnita sebelum ini.
Terdahulu 3 Disember lalu, Zahnita Wilson nekad memfailkan cerai terhadap suaminya, di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang setelah mendakwa dizirinya dizalimi akibat penderaan terhadap dirinya.
Manakala pada 6 Disember 2024, Mahkamah Tinggi Syariah Pahang membenarkan hak jagaan sementara ex parte diberikan kepada Zahnita selepas beliau memohon kepada mahkamah mendapatkan jagaan anak-anaknya.
Perintah tersebut membenarkan responden iaitu bapa, diberikan hak untuk melawat anak-anak tersebut dengan pengawasan pemohon atau ahli keluarga pemohon secara bersama di tempat terbuka seperti taman permainan atau taman rekreasi atau di mana-mana kawasan yang bersesuaian dengan pemohon atau ahli keluarga.
Responden juga diberikan ruang dua kali sebulan sama ada pada hari Sabtu atau Ahad bermula pukul 4 hingga 6 petang pada hari yang sama dengan makluman secara bertulis sebelum 48 jam lawatan.
Manakala pada 9 Disember, Mahkamah Majistret Kuantan membenarkan jarak sekurang-kurangnya 50 meter antara Zahnita dan suami suami berdasarkan keputusan Perintah Perlindungan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521). – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN :
Demi anak-anak, suami Zahnita tampil pertahankan diri
Zahnita lega mahkamah keluar perintah perlindungan jarak 50 meter
Zahnita dapat hak hadanah interim 4 anak