KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Zaliha Mustafa, menafikan terlibat dalam isu menyembunyikan dokumen adendum.
Tegasnya, tuduhan yang dilemparkan kepada beliau adalah tidak berasas sama sekali.
“Saya sendiri seperti juga menteri-menteri lain, tidak melihat kepada apa yang disebut sebagai dokumen addendum itu dan saya tidak pun menyembunyikan apa-apa.
“Saya tidak mahu menjawab soalan ini, saya pun bukan jurucakap kepada kerajaan.
“Saya juga bukan jurucakap kepada Lembaga Pengampunan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas sesi temu rapat bersama warga emas Wilayah Persekutuan di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, menyatakan bahawa Menteri Kesihatan, Zaliha Mustafa, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, perlu memberikan penjelasan mengenai dakwaan titah adendum disembunyikan pihak tertentu.
Menurut Khairy, ketelusan dalam hal itu adalah sangat penting dan beliau kedua-dua menteri tersebut untuk tampil memberikan penjelasan kepada umum. – MalaysiaGazette