Kanak-kanak lelaki autisme, Firash Daniel Muhammad Hafeez Ansle yang dilaporkan hilang dari rumahnya, di Taman Tunku Tabor, Alor Setar, Kedah malam tadi, ditemukan lemas.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad, berkata jasad mangsa yang berusia tujuh tahun, ditemui berhampiran tebing Sungai Kedah pada jarak kira-kira 100 meter dari rumah keluarganya.