KOTA TINGGI – Empat maut termasuk suami isteri dan anak mereka dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Batu 3, di sini, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Shahrulnizam Johari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 12.52 tengah hari.

Susulan itu katanya, seramai sembilan anggota dari BBP Kota Tinggi dan BBP Tenggara dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian mendapati kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios dan sebuah lori jenis Isuzu lima tan.

“PKO mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan Peralatan ‘Resque Tools’ sehingga selesai.

“Empat mangsa dalam Toyota Vios iaitu Aieman Azriq Ahmad dan isteri, Nurul Fazilah Noor Azmi masing-masing berumur 22 tahun bersama-sama anak lelaki mereka, Aryan Khalif Aieman Azriq, lima bulan, maut.

“Seorang lagi mangsa iaitu lelaki dewasa berumur 20-an yang berada dalam kereta tersebut dipercayai rakan Aieman turut meninggal dunia .

“Keempat-empat mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi.

“Sementara pemandu lori berkenaan pula hanya cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, semua mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.- MalaysiaGazette

Caption gambar: Anggota bomba melakukan kerja-kerja menyelamatkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Batu 3, Kota Tinggi hari ini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here