Legenda badminton Indonesia, Herry Iman Pierngadi dilantik sebagai jurulatih beregu lelaki negara.

KUALA LUMPUR – Teka-teki berhubung calon jurulatih beregu lelaki baharu kem badminton negara akhirnya terjawab selepas legenda badminton Indonesia, Herry Iman Pierngadi disahkan akan menggalas tanggungjawab tersebut.

Pengumuman itu dibuat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi kenyataan di laman sosial Facebook hari ini.

Menurut BAM, Herry mempunyai rekod cemerlang dalam sukan badminton apabila menjadi jurulatih kepada juara Sukan Olimpik iaitu Candra Wijaya-Tony Gunawan (Sydney 2000) dan Hendra Setiawan-Markis Kido (Beijing 2008).

“Herry akan memulakan tugas beliau secara rasmi dengan BAM pada 1 February 2025,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Henry akan menggantikan Bin Shen sebagai jurulatih beregu lelaki negara yang akan meletakkan jawatan 13 Januari ini selepas menyertai badan induk itu pada Disember 2020.

Jurulatih berusia 40 tahun itu dilaporkan akan berkhidmat dengan pasukan kebangsaan Hong Kong bersama-sama bekas pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia Wong Choong Hann bermula Februari depan, serta dua lagi jurulatih Malaysia iaitu Jeremy Gan dan Loh Wei Sheng.

Sebelum ini, BAM turut membuat perubahan apabila melantik bekas ketua jurulatih badminton Denmark, Kenneth Jonassen sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here