logo gari
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Polis menahan seorang lelaki warga China kerana cuba mencuri kad kredit milik seorang penumpang wanita warga Australia ketika dalam penerbangan pesawat komersial dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang pada hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, ACP Sazalee Adam berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada wanita berusia 44 tahun yang dalam perjalanan bercuti ke negeri ini.

“Ekoran laporan itu, polis menahan lelaki warga China berusia 54 tahun tersebut dan dia akan dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau bagi permohonan reman esok,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 379 dan 511 Kanun Keseksaan. Polis juga percaya suspek adalah anggota sindiket yang terlibat dalam beberapa kes kecurian dalam pesawat komersial, yang membabitkan penangkapan tiga warga China pada November dan Disember tahun lepas,” tambahnya.

Sazalee berkata, ketiga-tiga suspek yang ditangkap pada tahun lalu itu berasal dari Hunan, China dan berusia antara 51 hingga 61 tahun dan telah didakwa di Mahkamah Majistret Balik Pulau.

Beliau turut menasihati penumpang pesawat komersial agar sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan awal seperti menyimpan beg yang mengandungi wang tunai atau barangan berharga di tempat duduk yang paling hampir dengan mereka. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here