Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada Forum Ilmuwan Malaysia Madani siri 4 di EQ Hotel. Turut hadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (dua kanan), Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Khairussaleh Ramli (kiri) dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Funding Societies Malaysia, Wong Kah Meng (kanan). FOTO MUHAIMIN MARWAN, 10 JANUARI 2025

KUALA LUMPUR – Sistem pendidikan negara harus memerlukan reformasi radikal bagi mempersiapkan generasi muda berdepan cabaran semasa dan masa depan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, Perdana Menteri turut memetik sikap sejumlah ilmuwan Amerika Syarikat (AS) sekitar 1980-an yang kritikal terhadap apa yang mereka anggap sebagai kegagalan dalam sistem pendidikan tinggi negaranya ketika itu.

Ujar beliau, situasi itu memaksa bekas Presiden AS ketika itu, Ronald Reagan menubuhkan satu suruhanjaya yang menghasilkan laporan bertajuk ‘A Nation at Risk’ pada 1983.

Sehuhungan itu, tambah Anwar, Malaysia juga harus mengambil pengajaran daripada sikap pemikir dan ilmuan negara maju yang sentiasa memaksa pelaksanaan langkah-langkah berani dan reformasi besar-besaran untuk memastikan negara mencapai kejayaan.

“Wacana intelektual, keberanian mencabar status quo, dan pemikiran kritikal adalah kunci untuk mencorak masa depan negara yang lebih cemerlang,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau malam tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada Forum Ilmuwan Malaysia Madani siri 4 di EQ Hotel. Turut hadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (dua kanan), Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Khairussaleh Ramli (kiri) dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Funding Societies Malaysia, Wong Kah Meng (kanan). FOTO MUHAIMIN MARWAN, 10 JANUARI 2025

Terdahulu, Anwar berkongsi berkenaan kehadirannya pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri Empat kelolaan Kementerian Pendidikan Tinggi malam tadi yang mengangkat tajuk ‘Menggunakan Teknologi Dalam Perkhidmatan Kewangan Bagi Memacu Kemakmuran dan Keterangkuman’.

Mengulas mengenai forum itu, kata beliau, ia merupakan wadah penting bagi menyuburkan wacana ilmu yang segar di samping ruang untuk memberi pandangan, teguraran atau kritika secara langsung kepada kerajaan dan industri untuk bersama-sama menggerakkan usaha pemerkasaan ekonomi.

Ujar beliau, wacana intelektual seperti itu juga harus dimanfaatkan sebagai ruang penjanaan idea baharu untuk memandu penggubalan dasar yang baik, memacu pertumbuhan negara serta sebahagian proses pemberdayaan rakyat dalam Era Pasca Normal.

“Saat ini kita berdepan isu-isu kompleks yang tidak ada jawapan mutlak, dan situasi ini tidak terkecuali bagi sektor kewangan, umpamanya sikap institusi kewangan konvensional yang menolak mata wang kripto seperti Bitcoin.

“Persoalan harus dilontar dijawab – adakah kita harus terus menolak sepenuhnya atau mencari cara untuk memanfaatkannya?” soalnya.

Dalam masa sama, Anwar turut membangkitkan persoalan berkenaan keberkesanan agensi seperti syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) yang ditubuhkan puluhan tahun lalu sama ada ia masih relevan, perlu digabungkan, disusun semula atau dibubarkan.

Jelas beliau, perbincangan itu harus melibatkan pembuat dasar dan pemain industri untuk mencari jawapan yang tepat dan tuntas, meskipun ia mungkin tidak popular.

“Saya turut tegaskan peranan kepimpinan kerajaan seperti Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah yang harus melangkaui peranan tradisional.

“Mereka perlu menjana idea, memahami kelemahan sistem dan mendorong perubahan serta pembaharuan agar Malaysia kekal berdaya saing di peringkat global,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here