Beregu Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei

KUALA LUMPUR – Harapan untuk menyaksikan dua wakil negara beraksi di final Terbuka Malaysia 2025 esok terkubur apabila dua beregu campuran negara terkandas hari ini.

Pilihan ketiga Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei tewas kepada pasangan China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 19-21, 14-21 dalam saingan separuh akhir berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Tang Jie-Ee Wei bermula dengan baik apabila mendahului 8-3 di awal set pertama namun gandingan negara hilang momentum sekali gus tewas set pertama.

Pasangan kelima dunia itu menunjukkan kebangkitan untuk mendahului 9-6 namun berjaya dikejat Yan Zhe-Dong Ping untuk menyamakan kedudukan 9-9 sebelum menokhtahkan kemenangan sekali gus mengesahkan slot final milik wakil China.

Dalam satu lagi saingan separuh akhir, pasangan profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie juga terkandas, tunduk kepada Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dari Thailand 21-17, 12-21, 16-21.

Ketika ditemui selepas perlawanan, Tang Jie berkata walaupun mereka bermain dengan baik pada awal perlawanan, sikap terburu-buru dan kegagalan untuk melaksanakan strategi serangan dengan teliti membenarkan lawan mengawal permainan.

“Kita gagal mendapatkan mata ketika melakukan serangan dan itu sedikit menjejaskan mental kita,” katanya.

Ee Wei mengakui bahawa mereka masih belum mencapai tahap pasangan terbaik dan masih banyak perlu dipelajari.

Sementara itu, walaupun Soon Huat-Shevon memulakan dengan baik dengan menang set pertama 21-17, beberapa kesilapan mudah menyebabkan mereka tewas 12-21, 16-21 dalam perlawanan berlangsung selama 63 minit.

Shevon jelas kecewa kerana tidak dapat menceriakan penyokong tuan rumah kerana mereka telah menunjukkan prestasi terbaik hingga mara ke separuh akhir hari ini.

Soon Huat mengakui mereka kurang pantas dan kekuatan yang memberikan kesan kepada prestasi mereka terutama selepas menang set pertama.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 Chan Peng Soon-Goh Liu Ying merupakan beregu campuran terakhir layak ke final Terbuka Malaysia dan Teh Kew San-Ng Mei Ling pernah meraih gelaran juara pada 1965. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here