BUKIT MERTAJAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah menyembunyikan Titah Adendum yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16 untuk membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara enam tahun kepada tahanan di rumah.
Sebaliknya, Anwar berkata, peguam negara menerima surat berhubung titah tambahan diraja itu selepas Agong bertukar dan ia diserahkan kepada istana negara bagi membolehkan Agong yang baru, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membuat keputusan.
Jelas Anwar, beliau adalah antara individu awal yang membawa agenda tersebut dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan merangkumi laporan kesihatan, penjara serta laporan polis untuk diputuskan Agong yang mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan.
“Memang orang tanya pasal titah adendum terhadap bekas Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Tun Razak .. dua minggu saya tak jawab kerana perkara itu melibatkan Institusi Diraja.. ini kali pertama saya jelaskan, sebahagian saya jelaskan di parlimen kerana mahkamah sedang berjalan.
“Semua kena faham dalam mana-mana kes, individu yang dihukum penjara berhak mengemukakan rayuan selepas tiga tahun menjalani hukuman sama ada kepada raja di negeri masing-masing atau kepada Yang di-Pertuan Agong bagi Kuala Lumpur.
“Saya bukan ahli (lembaga pengampunan)..saya ahli sebelum 2023 kerana masa itu saya jalankan tugas Menteri Wilayah Persekutuan. Selepas saya lantik Dr Zaliha, dia hadir saya tak hadir (mesyuarat).
“Selepas itu surat disampaikan dan dihantar ke peguam negara dan bila Agong berganti diserahkan kepada istana negara kerana agong yang pengerusikan… Itu keadaan dia, bukan kita sorok,” katanya ketika berucap pada Program Muhibbah MADANI anjuran Yayasan Muhibbah Malaysia di Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Anwar menempelak sikap pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas yang seolah-olah menyalahkan beliau isu titah adendum tersebut.
“Yang tangkap (Najib) zaman Tun Mahathir kemudian pendakwaan masa Tan Sri Muhyiddin dan hukuman pula semasa Datuk Seri Ismail Sabri jadi perdana menteri tapi yang salah Anwar Ibrahim,” katanya.
Sebelum ini, jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, turut mengesahkan bahawa kerajaan memerlukan masa untuk mengesahkan kewujudan Titah Adendum tersebut, kerana perlu mengikuti prosedur yang berlaku di mahkamah.
Pada Isnin lalu, Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan Najib memulakan prosiding semakan kehakiman bagi memaksa kerajaan atau enam pihak lain untuk mengesahkan kewujudan Titah Adendum tersebut, yang dikatakan membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah. – MalaysiaGazette
Soalan rakyat simple jaa..titah Adendum tu ada ke tak ada?? Tu jaaa..makanya jelas laa PMX dan Peguam Negara tahu surat tu ada! Kenapa dari awal tak cakap ada? Tak de lah DS Najib berulang alik ke mahkamah nak tahu titah ada ke tidak..tak perlu laa afidavit anak DS Najib, afidavit MB Pahang bagai..tak perlulah hakim mahkamah Tinggi dah Mahkamah Rayuan kena bersidang..dan tak perlu lah sampai Istana Pahang kena keluarkan surat kata Titah tu ada dan sahih! Kenapa tak cakap dari awal? Buang masa semua org..tak baim aniaya DS Najib…
Nahhh.. dia main bola berapi pulaaakkk. Main pass pass kat org lain utk jd kambing hitam pulak lepas dah kantoi teruk. Hati tu main game roda impian ” saya pusingggg, halimmm.”..
Mmg dasar pengecut. Nk bertggjawab atas tindakan sendiri pun tak berani.