Bekas Ketua Penerangan UMNO yang dipecat Isham Jalil memohon kepada Majlis Raja-Raja untuk bersidang berkaitan titah adendumYang di-Pertuan Agong ke-16, yang tidak dilaksanakan.
Menurut Isham, keingkaran melaksanakan titah diraja, bukan sahaja berkaitan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi juga melibatkan soal perlembagaan dan keadilan rakyat.