Keadaan kenderaan yang terlibat dalam insiden kemalangan sehingga meragut nyawa lima sekeluarga dan dua cedera di Jalan Nenasi-Rompin berhampiran Kampung Sembayan di Nenasi, dekat sini, malam ini.

PEKAN – Identiti lima sekeluarga yang maut dalam nahas di Kilometer 65, Jalan Pekan-Nenasi-Rompin, Pekan, pada petang Sabtu, sudah dikenalpasti.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, mangsa terkorban ialah pemandu kereta Proton Wira Aeroback, Hamzah Zahari, 52, dan isterinya, Rahimah Awang Muda, 38.

“Tiga lagi penumpang kereta berkenaan ialah Ainul Mardhiyah, 10; Muhammad Luqman Nur Hakim, 8, dan Muhammad Lutfi.

Manakala pemandu dan penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV), Nissan Grand Livina yang cedera dalam kejadian itu adalah pasangan suami isteri.

“Kedua-dua bertugas sebagai penjawat awam serta menerima rawatan di Hospital Rompin,” katanya dalam satu kenyataan.

Zaidi berkata, hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati mangsa sekeluarga dari Rompin menghala ke Nenasi, manakala pemandu Nissan Grand Livina arah Kuantan menghala ke Rompin.

Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar MPV yang sedang bergerak lurus.

Kes masih dalam siasatan lanjut diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN :

Lima sekeluarga maut kereta bertembung MPV

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here