KUANTAN – Seramai 140 individu diarah berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setelah kediaman mereka terjejas dalam kejadian air pasang besar dan angin kuat di daerah Rompin, malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Rompin berkata, kesemua mangsa ditempatkan di PPS Balairaya Kampung Jawa yang dibuka sejak jam 10.30 pagi tadi.
Difahamkan, kesemua 37 keluarga yang tinggal di Kampung Pantai 3, Kampung Pantai 4 dan Kampung Jawa, Rompin terjejas dengan kajadian tersebut.
Terdahulu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kejadian air laut pasang besar malam tadi menjejaskan beberapa buah kediaman di sekitar Jalan Pantai 4, Kampung Jawa, Kuala Rompin. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN