YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tiba di Abu Dhabi sempena lawatan kerja selama 2 hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi, UAE pada 12 Januari 2025. - AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

ABU DHABI – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dalam lawatan kerja tiga hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula Ahad, dijadualkan bertemu dengan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, yang juga pemerintah Dubai, hari ini.

Pertemuan akan berlangsung di Istana Za’abeel di Dubai, kira-kira 150 km dari sini.

Perbincangan dijangka bertumpu kepada usaha mengukuhkan hubungan dua hala dan meneroka peluang-peluang dalam tenaga boleh diperbaharui, sekuriti makanan dan tenaga, kecerdasan buatan dan pusat data serta isu serantau dan global yang menjadi perhatian bersama.

Terdahulu Anwar akan memulakan lawatan di hari kedua ini dengan perjumpaan dengan pihak Dana Kekayaan Berdaulat UAE.

Mesyuarat perniagaan pula dimulakan dengan pertemuan Anwar dengan Ketua Pegawai Eksekutif Masdar Mohamed Jameel Al Ramahi, diikuti Pengarah Urusan Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) Sheikh Hamed bin Zayed Al Nahyan, dan Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Mubadala Khaldoon Khalifa Al Mubarak.

Lawatan Perdana Menteri itu adalah atas jemputan Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum bagi menghadiri Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) di sini.

Anwar tiba di sini pada hari Ahad. Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pada pukul 9 malam waktu tempatan (1 pagi Isnin waktu Malaysia).

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here