Peserta demonstrasi di Seoul, Korea Selatan memegang poster Presiden Yoon Suk yeol Foto AFP

SEOUL- Presiden Korea Selatan yang digantung tugas akan menerima kenaikan gaji seperti mana yang dijadualkan meskipun sedang berdepan pendakwaan dan siasatan akibat pengisytiharan undang-undang tentera.

Dokumen rasmi yang dilihat AFP pada Isnin menunjukkan gaji Yoon Suk yeul akan naik sebanyak tiga peratus kepada 262.2 juta won (AS$178,400) berbanding tahun lepas.

Walaupun berdepan tindakan undang-undang, Yoon tetap akan menerima kenaikan tersebut mengikut jadual pembayaran gaji penjawat awam 2025.

Mengikut peraturan penjawat awam, beliau layak menerima kenaikan gaji tersebut kerana hanya digantung daripada tugas disebabkan Mahkamah Perlembagaan masih meneliti tindakan undang-undang terhadapnya.

Ini sekali gus menyebabkan Yoon berjaya mengekalkan statusnya sebagai presiden serta menerima gaji dan manfaat pekerjaan yang lain.

Pemangku presiden, Perdana Menteri Han Duck-soo yang turut didakwa dan digantung khidmat, bakal menerima kenaikan gaji sebanyak tiga peratus kepada 203.5 juta won (AS$138,350).

“Berita ini membuatkan darah saya mendidih. Yoon masih menerima gaji walaupun tak berbuat apa-apa,” kata seorang pengguna platform X.- AFP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here