Logo Kementerian Kesihatan Malaysia di Kementerian Kesihatan Malaysia, Tasik Perdana, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 06 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Dakwaan yang disebarkan menerusi Telegram mengenai pegawai tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencetuskan kekecohan di Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya pada 4 Januari lalu tidak berasas.

Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berkata, tuduhan itu disyaki berniat menjatuhkan kredibiliti pegawai tersebut.

“Siasatan terperinci telah dijalankan dan mendapati bahawa individu berkenaan telah hadir ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Putrajaya pada tarikh tersebut.

“Namun begitu, apa yang digambarkan dalam hantaran tersebut adalah tidak berasas. Naratif yang disampaikan disyaki berniat untuk memburukkan nama baik dan menjatuhkan kredibiliti pegawai berkenaan,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut kenyataan itu, KKM menggalakkan pihak yang ingin membuat aduan menggunakan saluran Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA)

Terdahulu, Telegram Edisi Siasat (ES) bertarikh 10 Januari lalu memuat turun aduan mengenai kekecohan didakwa dicetuskan oleh pegawai tertinggi di Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya.

Pegawai itu didakwa tidak berpuas hati kerana tidak mendapat layanan istimewa selepas memaklumkan beliau telah membuat temu janji dengan pihak pengurusan tertinggi hospital tersebut.

Tanpa mendedahkan nama pengadu, Telegram ES berkata, pegawai tersebut tidak sepatutnya  bertindak sedemikian.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here