Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar

KUALA LUMPUR – Produk ham and cheese sandwich tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Memetik laporan Harian Metro, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata, syarikat yang menghasilkan produk terbabit juga bukan pemegang SPHM.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, JAKIM telah membuat pemeriksaan di lapangan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Jumaat lalu.

“Hasil pemeriksaan mendapati bahawa produk berkenaan tidak mempunyai SPHM dan syarikat yang menghasilkan produk terbabit bukan pemegang SPHM.

“Oleh itu, tindakan pihak syarikat mencetak logo halal Malaysia pada label produk berkenaan adalah suatu kesalahan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan tindakan undang-undang sudah diambil oleh KPDN,” katanya.

Dua hari lalu, UM dalam kenyataan, telah bertindak menutup dua premis jualan runcit 24 jam serta-merta berikutan dakwaan penemuan produk pek sandwic yang diragui halal.

UM memaklumkan, arahan penutupan tersebut dikeluarkan bagi memberi ruang agar siasatan yang dilaksanakan untuk mengesahkan dakwaan tersebut tidak terganggu.

“Terdapat penemuan produk pek sandwic yang memaparkan label sandwic ham & cheese serta keraguan terhadap penggunaan logo halal bagi produk tersebut yang didapati di gedung berkenaan.

“Oleh itu, premis berkenaan akan ditutup sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Siasat penjualan ‘sandwich ham halal’ di KK Mart UM – Dr Akmal

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here