Yahaya Othman bersama penerima sijil penghargaan PDRM sempena Perhimpunan Bulan Januari Tahun 2025 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

KUANTAN – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Pahang membuka sebanyak 2,263 kertas siasatan dengan membabitkan nilai kerugian mangsa sebanyak RM95 juta sepanjang tahun 2024.

Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 59 peratus berbanding tahun sebelumnya, kata Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman.

Menurutnya, JSJK Pahang berjaya membuat 1,776 tangkapan bersamaan 9.3 peratus dengan peningkatan sebanyak 151 berbanding tahun 2023.

“Manakala statistik kadar pertuduhan, sebanyak 929 kertas siasatan berjaya dituduh di mahkamah. Daerah Kuantan mendominasi kadar pertuduhan dengan angka 292 sekaligus memastikan JSJK Pahang berjaya mencapai KPI Pertuduhan yang ditetapkan oleh Pengarah JSJK iaitu 53.1 peratus,” katanya.

Yahaya berkata demikian ketika berucap semasa Perhimpunan Bulan Januari Tahun 2025 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurutnya, rangkuman Indeks Petunjuk Prestasi Jabatan Siasatan Jenayah Pahang bagi keseluruhan tahun 2024 boleh dianggap sebagai suatu kejayaan yang membanggakan.

Ini kerana dengan  peratus penyelesaian kes sebanyak 61.28 peratus di mana daerah Pekan mengungguli peratus penyelesaian kes dengan 80.65 peratus selain dari penurunan jumlah indeks jenayah kekerasan iaitu 387 kes berbanding 409 kes pada tahun 2023.

Sementara itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik merekodkan sebanyak 12,466 kes dengan jumlah tangkapan sebanyak 13,814 atas pelbagai kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah pada tahun lalu.

Manakala nilai rampasan dadah pula menunjukkan peningkatan sebanyak RM7 juta berbanding tahun 2023 melibatkan nilai sitaan harta berkaitan dadah dengan anggaran RM 1.8 juta bersamaan 40.2 peratus.

Untuk rekod sebanyak 11,350 kes narkotik telah berjaya diselesaikan bersamaan dengan 95 peratus.

Pada tahun lalu Pahang mencatatkan sejumlah 419 kes bagi kemalangan maut direkodkan oleh Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik di negeri ini.

Jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 25 kes berbanding tahun sebelumnya bersamaan 6.9 peratus sekaligus meletakkan kontinjen Pahang berada di kedudukan kelima daripada  keseluruhan berdasarkan statsitik yang dikeluarkan oleh Bukit Aman. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here