Dr Muhamad Akmal Saleh

JASIN – Pemuda UMNO mengarahkan semua kepimpinan cawangan dan bahagian seluruh negara membuat laporan polis terhadap pengkhianatan dilakukan kedai serbaneka 24 jam KK Mart yang menjual produk babi ‘ham and cheese sandwich’ menggunakan logo halal palsu.

Ketuanya Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, beliau berharap semua badan bukan kerajaan (NGO) juga dapat melakukan tindakan sama sebagai bantahan terhadap perbuatan tidak bertanggung jawab premis terkenal itu.

“Bila Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) mengesahkan produk itu tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) kita (Pemuda UMNO) akan buat laporan polis sebagai tambahan laporan sama yang telah dibuat adik-adik (pelajar) Universiti Malaya (UM) sebelum ini.

“Kita minta semua NGO-NGO juga buat laporan polis sebab pengkhianatan syarikat ini menjual makanan yang tiada pengiktirafan halal tapi guna cop halal seolah-olah hendak menipu seluruh umat Islam,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengesahan Jakim hari ini bahawa produk ‘ham and cheese sandwich’ yang dijual di kedai serbaneka 24 jam di UM itu tidak mempunyai SPHM, malah syarikat yang menghasilkannya juga bukan pemegang SPHM.

Oleh itu, tindakan pihak syarikat mencetak logo halal Malaysia pada label produk berkenaan adalah suatu kesalahan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Mengulas lanjut, Dr Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, beliau berharap agensi kerajaan yang berkenaan juga dapat mengenakan tindakan yang lebih berat kepada pihak yang menggunakan logo halal secara haram itu.

“Kalau tak ada logo halal, tidak mengapa kalau kamu nak meniaga babi ke, teruskan, tiada masalah. Tapi jangan gunakan logo halal dan cukup-cukuplah mencabar perkara-perkara yang sangat sensitif ini.

“Kamu letakkan logo halal seolah-olah nak mengelirukan orang Islam dan kita minta kerajaan untuk melakukan penguatkuasaan serta memberikan hukuman berat kepada pengkianat terhadap negara ini,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Kilang ham sandwich diserbu, sample dihantar ke Jabatan Kimia

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here