Suasana semasa majlis Pemakaian Beret Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Penghantaran Kumpulan Pertama Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 United Nations di Lebanon, di Pangkalan Udara Subang. Foto AIZAT ZAINAL, 6 NOVEMBER 2024.

KUALA LUMPUR – Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 telah menganjurkan Program Medic Care Day di Malaysian Hall, Bangunan Perbandaran Marakah, Lubnan.

MALBATT dalam kenyataan hari ini berkata, penganjuran ini bertujuan untuk memberikan perkhidmatan kesihatan kepada komuniti tempatan yang terkesan akibat konflik di Lubnan.

“Sebanyak 158 orang penduduk tempatan dari pelbagai lapisan umur hadir dan mendapat manfaat daripada program ini.

“Turut disediakan adalah pemeriksaan kesihatan umum dan rawatan pergigian dan aktiviti interaktif untuk kanak-kanak bagi mengukuhkan hubungan penduduk dan para anggota.

“Ini adalah untuk memastikan penduduk tempatan mendapat akses kepada rawatan yang diperlukan, terutamanya dalam keadaan terhadnya fasiliti kesihatan dan kos rawatan yang tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, kehadiran anggota pengaman wanita juga memainkan peranan penting dalam memperkukuh komunikasi, sekaligus meningkatkan keberkesanan program.

“Program Medic Care Day ini adalah sebahagian daripada inisiatif Civil-Military Cooperation (CIMIC), yang bukan sahaja memberi manfaat langsung kepada penduduk Lubnan tetapi juga memperkukuhkan hubungan antara pasukan MALBATT, masyarakat setempat, dan misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL).

“Usaha ini mengukuhkan lagi keyakinan masyarakat terhadap peranan Malaysia dalam misi keamanan global,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here