Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying

PETALING JAYA – Semua syarikat insurans perlu melaksanakan pelarasan premium beransur bermula 15 Januari.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, orang ramai yang menerima notis kenaikan harga juga boleh menghubungi syarikat insurans masing-masing bermula 15 Januari dan meminta pelarasan premium beransur.

Katanya kepada Sinchew Daily, syarikat insurans harus menuruti permintaan untuk pelarasan premium beransur.

Katanya, pelarasan premium harus kurang daripada 10 peratus dan langkah interim bagi membantu pemegang polisi insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) akan dilaksana sehingga akhir 2026.

Menurutnya dalam tempoh pelarasan premium beransur, syarikat insurans tidak boleh menaikkan harga secara berasingan sehingga menyebabkan jumlah kenaikan melebihi 10 peratus setahun.

Katanya, dalam keadaan kenaikan harga tidak melebihi 30 peratus dalam tempoh tiga tahun, syarikat insurans juga tidak boleh mengurangkan skop perlindungan, melainkan ia merupakan produk alternatif.

Hii Ying berkata, mulai 15 Januari, syarikat insurans perlu menyediakan talian khas untuk menghadapi isu yang timbul.

“Bank Negara telah telah melakukan penyelarasan dengan syarikat-syarikat insurans.

“Benda ini mungkin nampak senang tetapi pastinya ramai orang akan menghubungi syarikat insurans dan syarikat insurans perlu bersedia,” katanya.

Sebelum ini, Bank Negara mengumum  pelaksanaan MHIT bagi menghadapi kesan pelarasan premium.

Antara langkah yang dipersetujui bersama industri insurans dan takaful adalah membabitkan pelarasan premium beransur, penangguhan premium untuk warga emas, pengaktifan semula polisi dan produk MHIT alternatif.

Bagi pelarasan premium beransur,  pemegang polisi akan menikmati pelarasan premium diagihkan untuk tempoh tiga tahun.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here