TEHRAN- Ketua Pertubuhan Penerbangan Awam (CAO) Iran, Hossein Pourfarzaneh mengumumkan republik Islam itu akan menyambung semula penerbangan ke Eropoh, Februari ini.
Beliau semasa sidang media di Tehrah, hari ini mengumumkan, penerbangan pertama yang akan disambung adalah dari Tehran ke Paris.
Menurut seorang pegawai kanan kerajaan, penerbangan Tehran-Paris akan dijalankan oleh syarikat penerbangan swasta Iran, Iran Airtour Airlines.
Sebuah lagi syarikat penerbangan Iran, Qeshm Air akan turut ‘terbang’ ke dua destinasi Eropah, namun katanya, butiran terperinci akan diumumkan kemudian.
Penerbangan di antara Iran dan Eropah digantung sejak pertengahan Oktober 2024 selepas Kesatuan Eropah mengenakan sekatan terhadap Republik Islam atas dakwaan ia menghantar dron ke Rusia untuk digunakan dalam memerangi Ukraine.
Iran dengan tegas menafikan tuduhan tersebut. -IRNA