Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Polis diminta untuk menyiasat penjualan ‘sandwich ham’ mempunyai logo halal dalam kampus Universiti Malaya.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, penjualan ‘ham’ atau produk daripada babi dengan mempunyai logo halal tidak boleh diterima.

“Nak tahu ham ini apa? Ini bermaksud ham iaitu ada unsur khinzir dalam itu, ada daging babi. Sudah la jual ham and cheese dalam UM, rata-ratanya pelajar Melayu pun ada kat situ.

“Oklah mungkin untuk anak-anak orang Cina, India atau bukan Melayu, boleh terima. Tapi tengok kat belakang ini, ada tulis logo halal pula. Saya nak tanya kepada KK Mart, bila masa ham ini halal? Dan bagaimana produk ini dapat logo halal ini?” soal Dr. Muhamad Akmal.

Menurut beliau,  laporan polis telah dibuat justeru pihak berkuasa perlu membuat siasatan penjualan produk berkenaan.

Sementara itu, berikutan isu terbabit, Dr. Muhammad Akmal mempersoalkan jaminan keselamatan produk yang mempunyai logo halal yang dijual rangkaian KK Mart.

“Kali ini isu ham and cheese dapat logo halal dan dijual dalam KK Mart dalam UM. Apakah produk dalam KK Mart ada logo halal, ada jaminan halal?

“Kalau ham and cheese dapat logo halal yang lain-lain produk macam mana? Saya nak tanya jaminan keselamatan produk yang dijual ada logo halal dalam KK Mart ini

“Jadi saya minta polis siasat dan laporan polis sudah dibuat, pihak yang terlibat, agensi terlibat tolong ambil tindakan,” tegasnya.

Dua hari lalu, UM dalam kenyataan, telah bertindak menutup dua premis jualan runcit 24 jam serta-merta berikutan dakwaan penemuan produk pek sandwic yang diragui halal.

UM memaklumkan, arahan penutupan tersebut dikeluarkan bagi memberi ruang agar siasatan yang dilaksanakan untuk mengesahkan dakwaan tersebut tidak terganggu.

“Terdapat penemuan produk pek sandwic yang memaparkan label ‘sandwic ham & cheese’ serta keraguan terhadap penggunaan logo halal bagi produk tersebut yang didapati di gedung berkenaan.

“Oleh itu, premis berkenaan akan ditutup sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya pada Sabtu.

Sementara itu semakan MalaysisaGazette dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, produk yang memaparkan nama yang menyerupai dengan barangan tidak halal seperti ham, bak kut teh, bacon, beer, rum dan hot dog tidak layak memohon sijil halal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here