Hasbie Muda

KUALA LUMPUR – Pemuda Parti Amanah Nasional (Amanah) mendesak pihak pengurusan kedai serbaneka, KK Mart mengambil tanggungjawab sepenuhnya berhubung kontroversi penjualan sandwich ham dengan logol halal palsu.

Ketuanya, Hasbie Muda berkata, sebagai rangkaian perniagaan yang beroperasi di negara yang majoritinya muslim, KK Mart mempunyai tanggungjawab moral dan perundangan untuk memastikan setiap produk yang dijual memenuhi piawaian halal tanpa kompromi.

Dalam masa sama, beliau memberi amaran keras kepada pengurusan KK Mart supaya memperketatkan kawalan kualiti dan menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) mereka.

“Insiden seperti ini tidak boleh dibiarkan berulang. Kami turut menggesa pihak berkuasa berkaitan khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mengambil tindakan tegas bagi memastikan pematuhan terhadap pensijilan halal dijalankan dengan lebih ketat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Hasbie turut kecewa selepas JAKIM mengesahkan produk sandwic itu menggunakan logo halal palsu sekali gus merupakan pelanggaran undang-undang yang serius dan perlu ditangani dengan tindakan segera.

Dalam masa sama, beliau menyeru semua pihak khususnya pengusaha perniagaan menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia.

“Menjaga kesucian status halal bukan sahaja tanggungjawab agama tetapi juga amanah sosial kepada rakyat,” katanya.

Terdahulu, JAKIM mengesahkan produk ham dan cheese yang dijual dalam KK Mart di sebuah universiti awam di Kuala Lumpur tidak mempunyai sijil halal dan syarikat yang menghasilkan produk itu bukan pemegang sijil halal JAKIM.

Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan jabatan itu bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan dan Pengguna bagi mengambil tindakan penguatkuasaan serta mengheret pihak yang menyalahgunakan logo halal ke muka pengadilan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here