Program yang berlangsung di Maahad Al-Abbasiah melibatkan 30 pelajar UPSI yang bertindak sebagai fasilitator.

KUALA LUMPUR – Seramai 50 orang pelajar Maahad Al-Abbasiah, Sungkai, Perak telah mengambil bahagian dengan menyertai Program Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM) anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berlangsung selama dua hari baru-baru ini.

Program anjuran pelajar Semester Satu Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Pendidikan di bawah subjek Sorf Al-Arabi itu bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi bahasa Arab di kalangan pelajar sekolah.

Menurut penyelaras program berkenaan, Dr. Abduloh Usof, program itu bertujuan untuk memperkasa pelajar sekolah dalam penggunaan Bahasa Arab yang lebih tepat dari segi struktur ayat dan kosa kata.

“Kami berharap dengan adanya program ini pelajar dapat menguasai Bahasa Arab dengan lebih baik terutamanya dalam aspek morfologi dan komunikasi sehari-hari.

“Justeru, Program SULAM merupakan platform bagi pelajar UPSI untuk mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari di kampus dalam situasi praktikal selain memberikan mereka peluang untuk memberi sumbangan kepada masyarakat.

“Pihak penganjur berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberi manfaat yang lebih luas kepada pelajar-pelajar sekolah di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Program SULAM UPSI memberi peluang kepada pelajar untuk mengajar asas bahasa Arab kepada pelajar sekolah.

Program yang berlangsung di Maahad Al-Abbasiah ini melibatkan 30 pelajar UPSI yang bertindak sebagai fasilitator kepada 50 pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4.

Dalam program ini, para pelajar UPSI memberikan bimbingan dan tunjuk ajar mengenai penggunaan morfologi Bahasa Arab yang betul serta teknik komunikasi yang efektif dalam bahasa tersebut.

Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengajar asas bahasa Arab kepada pelajar sekolah di kawasan tersebut, melalui sesi interaktif seperti permainan bahasa, kuiz serta pembelajaran berasaskan aplikasi digital. – MalaysiaGazette

Sebahagian 50 pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 Maahad Al-Abbasiah, Sungkai, Perak yang menyertai Program SULAM UPSI.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here