Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- MCA mencadangkan supaya kerajaan memberikan peruntukan khas sama ada dalam bentuk tunai atau subsidi kepada pengusaha bas sekolah bagi menampung kos berkaitan penyelenggaraan atau alat ganti.

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Dasar Awam dan Penyelidikan Kos Sara Hidup Rakyat, Datuk Dr Monna Ong berkata, kerajaan juga boleh mempertimbangkan untuk menambah peruntukan tunai kepada ibu bapa atau penjaga yang menanggung lebih daripada seorang anak yang bersekolah.

Ini bagi mengurangkan beban ibu bapa atau penjaga terutamanya daripada keluarga yang tidak mampu dari segi kos pengangkutan atau logistik pelajar.

Tambahnya, peruntukan sebanyak RM64.1 bilion kepada Kementerian Pendidikan yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2025, mungkin boleh disalurkan sebahagiannya untuk menangani isu tambang bas sekolah.

“MCA melihat situasi ini daripada pelbagai sudut, baik dari kaca mata ibu bapa dan penjaga, mahupun pengusaha bas sekolah,”

“Sudah pasti setiap kenaikan harga barang dan perkhidmatan akan memberi kesan kepada semua pihak.

“Ibu bapa terkesan dengan kenaikan harga tambang manakala pengusaha bas sekolah pula terkesan dengan peningkatan kos penyelenggaraan yang semakin tinggi, termasuk kenaikan harga alat ganti serta pelaksanaan kadar gaji minimum baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, sekiranya isu kenaikan tambang bas sekolah tidak diatasi menjelang pembukaan sesi baharu 2025 Februari ini, ia dikhuatiri akan menjejaskan imej kerajaan.

Ia juga bercanggah dengan enam rukun utama Madani iaitu mementingkan aspek ihsan terhadap rakyat.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here