Lee Chean Chung.

KUALA LUMPUR – KK Mart digesa untuk segera menyemak semula mekanisme pembelian dalaman syarikat termasuk menetapkan prosedur operasi standard (SOP) pembelian, kata Pengarah Komunikasi PKR, Lee Chean Chung.

Beliau berkata, langkah membekukan semua urusan perniagaan dengan Shake and Bake Cafe, pembekal produk sandwich ham & cheese yang dijual di salah sebuah cawangannya di Universiti Malaya (UM) sahaja tidak mencukupi.

“Sekadar mendakwa pembekal adalah tidak memadai. Sebagai usahawan Malaysia, KK Mart harus menunjukkan teladan sebuah syarikat prihatin yang mempunyai tanggungjawab sosial.

“Sebagai sebuah kedai rantaian yang besar dan terkenal, seharusnya KK Mart mengambil pengajaran dan memperketatkan kawalan dalaman mereka untuk menjaga sensitiviti pelanggan pelbagai latar belakang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Chean Chung berkata, walaupun insiden itu tidak sepatutnya berlaku namun KK Mart tidak harus terus menerus alpa akan sensitiviti pelanggan pelbagai latar belakang dan agama.

“Insiden KK Mart menjual sandwic ham yang  mana sijil halalnya sudah lupus adalah satu insiden yang mendukacitakan. Lebih-lebih lagi perkara ini berlaku kurang setahun selepas insiden “stokin” berlaku.

“Sebagai sebuah kedai rantaian yang besar dan terkenal seharusnya KK Mart mengambil pengajaran dan memperketatkan kawalan dalaman mereka,” katanya lagi.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum ini mengesahkan produk sandwic ham yang dijual di sebuah premis di Universiti Malaya (UM) tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

JAKIM juga mengesahkan syarikat yang membekalkan produk terbabit bukan pemegang SPHM.

Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan jabatan itu bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan dan Pengguna bagi mengambil tindakan penguatkuasaan serta mengheret pihak yang menyalahgunakan logo halal ke muka pengadilan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here