KUALA LUMPUR – Pendakwah dan penulis buku agama, Prof Dr Muhd. Kamil Ibrahim meninggal dunia malam tadi.
Beliau, 61, yang mengalami kanser paru-paru tahap empat meninggal dunia di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam, Shah Alam pukul 7.19 malam.
Pemergian beliau dimaklumkan oleh isterinya, Raudzah Roslan menerusi satu hantaran di Facebook.
Awal Disember tahun lalu, Muhd. Kamil yang berasal dari Besut, Terengganu disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat.
Muhd. Kamil dikenali melalui karya-karya motivasi dan dakwahnya termasuk buku “Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman”.
Beliau juga pernah menetap di Madinah selama tiga tahun bermula 2011 ketika mengajar di Universiti Taibah. – MalaysiaGazette