KUALA LUMPUR- Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti), Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pengarah JKOM yang baharu.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dilantik ke jawatan itu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan ADUN Paya Jaras, Dr Mohd Khairuddin Othman yang ditamatkan perkhidmatan pada September tahun lalu selepas memegang jawatan tersebut sejak 1 Mac 2023.
Pelantikan Ismail yang merupakan bekas Ahli Dewan Negara daripada PKR itu dikongsikan menerusi sekeping poster ucapan tahniah yang dimuatnaik di Facebook AKM, hari ini.
“Semoga diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan,” kata AKM.- MalaysiaGazette