Rais Yasin

MELAKA – Kerajaan negeri memberi amaran kepada pihak tidak bertanggungjawab supaya tidak menyalah gunakan aset kerajaan termasuk untuk menyebarkan iklan ajaran sesat.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, Datuk Rais Yasin berkata,  menjadi tanggungjawab masyarakat juga untuk membantu kerajaan menyalurkan maklumat sebarang kes yang berlaku.
“Saya belum dapat laporan penuh perkara yang berlaku ini (iklan kain rentang ajaran sesat di jejantas) tapi inilah tanggungjawab kita bersama untuk menjaga aset-aset pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Kita tak boleh salah guna walaupun untuk beri notis atas tujuan apa sekali pun dan saya telah arahkan PBT untuk segera menanggalkannya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita Majlis Apresiasi Kecemerlangan 2024/2025 Sekolah Kebangsaan Paya Rumput, di sini hari ini.
Rais (tengah) hadir merasmikan Majlis Apresiasi Kecemerlangan 2024/2025 Sekolah Kebangsaan Paya Rumput, Melaka hari ini.
Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput berkata demikian ketika diminta mengulas insiden satu kain rentang ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light yang telah difatwakan sesat oleh pihak berkuasa dikesan dipasang di jejantas Lebuh AMJ di Peringgit Jaya di sini sejak pagi tadi.
Tinjauan MalaysiaGazette pada pukul 8.40 pagi tadi mendapati, kain putih ajaran sesat itu dipercayai baru digantung individu tidak bertanggung jawab malam tadi.
Ia tertera tulisan ‘Abdullah Hashem Adalah Al- Mahdi Ahmadi Agama Keamanan & Cahaya.
Pada 24 Disember lalu, Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) memutuskan ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light adalah sesat, menyeleweng dan bercanggah dengan ajaran Islam serta hukum syarak.
“Dalam kemeriahan kita meraikan sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2026, kita tidak mahu lagi perkara sebegini berulang sehingga memberi kesan negatif kepada negeri Melaka,” tegas Rais. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here